top of page
Search
Writer's pictureNurul Hanani

TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK DALAM SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Updated: Jun 10, 2021

Teori interaksionisme simbolik telah diperkenalkan oleh George Herbert Mead. Beliau dilahirkan di Massachussets, Amerika Syarikat pada 27 Februari 1863. Beliau merupakan antara pengkaji dan tokoh sosiologi. Permulaannya, teori interaksionisme simbolik ini bersifat mikro iaitu yang membincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. Menurut Talcott Parsons, sistem sosial adalah sistem sosial yang terdiri daripada pelbagai pelaku individu yang saling berinteraksi dalam situasi sosial, di mana pelaku ini memiliki motivasi untuk cenderung mengoptimumkan hubungan mereka dengan situasi dan pelaku lain yang berlaku dalam sistem dengan melibatkan simbol- simbol. Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Ahli-ahli interaksionisme mentafsirkan makna perlakuan atau tindakan individu dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusia. Oleh itu, teori ini mempunyai dua asas pemerhatian penting iaitu pertamanya ia mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat. Keduanya ia melihat bagaimana makna yang simbolik itu digunakan dalam interaksi antara manusia.


Menurut Blummer yang juga merupakan tokoh sosiologi dan turut menyokong George Herbert Mead, beliau membahagikan teori interaksionisme simbolik kepada tiga huraian penting mengenai konsep makna. Pertama adalah kepentingan memahami makna-makna simbolik mengikut konteks penggunaannya. Kedua, makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra. Ketiga, makna adalah sesuatu yang boleh dirundingkan iaitu kita tidak semestinya menerima sesuatu makna yang diutarakan oleh pihak lain tetapi kita juga berperanan memberi makna yang sesuai kepada sesuatu perkara. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Ia mampu memberi penekanan tentang peranan aktif seseorang individu dalam perhubungan sosial.


Pertamanya, makna-makna simbolik diperoleh daripada bentuk-bentuk simbol tertentu seperti perkataan, perlakuan, objek dan bahasa. Perkataan yang digunakan sebagai simbol adalah mewakili perasaan, nilai dan idea. Perlakuan pula meliputi perbuatan termasuklah yang berdasarkan pemikiran dan niat seseorang. Objek adalah perkara nyata yang dapat dilihat. Bahasa pula adalah bahasa lisan untuk berhubung. Menurut Mead, bahasa membolehkan manusia menyedari bahawa diri kita adalah seorang individu dan mencerminkan diri sendiri. Kedua, penggunaan simbol-simbol merupakan perkara penting dalam proses mengenali diri ini. Simbol merupakan sesuatu yang wujud sebagai wakil kepada sesuatu perkara lain sama ada yang diwakili itu wujud dalam bentuk nyata atau abstrak. Ketiga, sebagai contoh, perkataan buku merupakan simbol yang mewakili objek buku. Kita boleh berfikir dan mengambarkan mengenai buku walaupun pada ketika itu buku tidak wujud di depan mata kita. Oleh itu, pemikiran simbolik membebaskan kita daripada tidak terhad kepada perkara-perkara yang kita boleh dengar sahaja bahkan boleh juga dilihat,hidu dan rasa.


Seterusnya, kajian teori interaksionisme simbolik dalam sosiologi pendidikan pula berfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh anggota masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka juga melihat aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah. Contohnya mereka menunjukkan bagaimana murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, pendekatan interaksionisme simbolik sangat popular digunakan khususnya untuk melihat hubungan antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru dengan guru dan interaksi sekolah. Pendekatan ini biasanya dapat dilihat ketika interakasi yang berlaku dalam bilik darjah. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah dengan merujuk kepada pihak atasan seperti guru besar, menggunakan teknik liontamer, entertainer dan romantic. Menurut David Hargreaves, guru dalam kategori ini sebagai penjinak atau kawanan singa "liontamer". Corak Kedua: Tuan menganggap bahawa pelajar mempunyai dorongan untuk belajar yang mesti ada menghadapi bahan pengajaran baru untuknya, cukup berat dan kurang menarik. Implikasinya ialah tugas guru adalah menjadikan pengajaran menyeronokkan, menarik dan senang untuk para pelajar. Guru jenis ini dikategorikan sebagai penghibur atau "penghibur". Pola Ketiga: Guru menganggap bahawa pelajar mempunyai dorongan untuk belajar, ditambah dengan harapan yang harus dilakukan oleh pelajar dapat meneroka sumber pembelajaran mereka sendiri, dan mesti dapat menyeimbangkan dan memainkan peranan dalam masyarakat yang terus berubah, walaupun pada kadar yang cepat yang semakin meningkat. Implikasinya adalah bahawa guru mesti memberikan kebebasan yang mencukupi luas kepada pelajar. Baik secara individu dan kumpulan kecil, guru dan pelajar bersama-sama untuk membangunkan program kurikulum. Hubungan guru-pelajar berdasarkan kepercayaan, dan arah pengajaran dan pembelajaran adalah pengembangan kemampuan dan kehendak belajar di kalangan pelajar. Guru jenis ini dikategorikan oleh Hargreaves sebagai "guru romantis" (romantik). Antara teknik-teknik yang digunakan oleh murid pula ialah seperti merujuk kepada keadilan dalam kehidupan mereka, melakukan gangguan atau masalah dan merujuk kepada pihak berautoriti seperti ibu bapa. Teknik- teknik atau stratergi-stratergi ini akan mempengaruhi interaksi dan menjadikan suasana bilik darjah menjadi lebih teratur ataupun sebaliknya dan menggalakkan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.


Sebagai kesimpulannya, teori interaksionisme simbolik berfokus kepada hubungan bersemuka dalam konteks kehidupan seharian. Setiap hari masyarakat perlu terlibat dengan pergaulan dengan orang lain. Hubungan antara manusia ini melibatkan simbol- simbol yang tertentu. Signifikasinya,kehidupan masyarakat adalah dipenuhi dengan simbol-simbol. Simbol menyebabkan kita dapat mempelajari tentang diri kita dan dapat melihat diri kita dari luar. Tambahan pula, dengan interaksi simbol inilah yang membentuk proses interaksi dan jalinan yang membentuk kumpulan serta masyarakat. Justeru itu, amatlah penting interaksi simbolik ini digunakan dalam pendidikan di dalam bilik darjah. Dalam proses pendidikan dan pengajaran di sekolah berlaku interaksi antara guru dan pelajar yang merupakan aktiviti paling penting yang berlaku di sekolah. Jadi proses pengajaran dan pembelajaran adalah proses aktiviti interaksi antara dua unsur interaksi manusia, iaitu pelajar sebagai pihak yang belajar dan guru sebagai pihak yang mengajar, interaksi pembelajaran mengajar guru bertindak sebagai pembimbing, guru memberi didikan untuk membolehkan proses interaksi berlaku.



Rujukan


Baharuddin Udin, 2014, INTERAKSI SOSIAL DALAM KEHIDUPAN PENDIDIKAN DAN KEMASYARAKATAN DITINJAU DARI TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK, Jurnal Dakwah di ambil daripada pautan http://jurnaliainpontianak.or.id/index.php/alhikmah/article/view/74


Teresia Noiman Derung, 1 Mei 2017, Interaksionisme Simbolik dalam Kehidupan Bermasyarakat, Jurnal Katekatik dan Pastoral di ambil daripada pautan https://e-journal.stp-ipi.ac.id/index.php/sapa/article/view/33



.

18 views0 comments

Commentaires


bottom of page